Bekas duta
Amerika jangka PRU13 paling kotor
Pilihan raya umum ke-13 dijangka “paling kotor”
kerana pemimpin Umno yang tercemar dengan rasuah akan melakukan apa
sahaja untuk memastikan mereka terus berpaut pada kuasa, kata bekas duta
Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott.Dalam ulasannya di Wall Street Journal hari ini, Malott (kiri) menulis walaupun Datuk Seri Najib Razak kini mendapat rangsangan politik akibat pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat, pentadbiran perdana menteri Malaysia itu secara umumnya dilihat terpalit dengan rasuah.
"Rakyat melihat rasuah semakin berleluasa dan merasakan bahawa penyokong Umno seperti biasa, sentiasa mahu membuat duit dari kontrak kerajaan.
"Ramai rakyat Malaysia kini menggunakan perkataan 'kleptokrasi' atau penyamun untuk menggambarkan kelas pemerintah mereka," tulis Malott, yang pernah berkhidmat di Kuala Lumpur antara tahun 1995 dan 1998.
Malott berkata persepsi orang ramai bahawa tiada pemimpin Umno mahu bertindak menangani amalan itu, dapat dilihat baru-baru ini dalam skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).
"Persepsi ini diburukkan lagi oleh hakikat bahawa Najib membisu tentang skandal terbaru," katanya.
.....Saya mentafsir kenyataan di atas, sebagai sesuatu yang pedrlu di waspadai oleh pihak oposisi, jika ingin mencapai kemenangan di dalam pilihanraya ke 13, maka usaha penting adalah benting mengelak dari upaya yang boleh menyebabkan adanya salah laku di dalam pengendalian Pru ke 13 nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan