Sabtu, 21 Januari 2012

RENUNGKANLAH SAMPAI DI MANA KITA KINI ?

Seperti biasa setiap pagi kita bangun, jika usia kita 20 tahun, sudah 20 tahun kita bangun pagi, jika 40 tahun dan setusnya bergitulah apa yang kita alami, namun di pagi ini, mungkin tidak sepagi dulu, di pagi ini membawa makna apakah kita mesti berdiam diri untuk melihat nasib diri,keluarga,masyarakat dan negara, kita mesti terus bangkit seawal pagi untuk memastikan pergerakan kita itu benar memberikan menafaat kepada semua pihak, di pagi hari lagi kita harus berfikir untuk menabur jasa kepada mereka, menabur jasa bukan mengharapkan imbalan dan imbuhan, menabur jasa sebagai tanggungjawab yang telah diajarkan agama kepada kita, yang telah didiik oleh ibubapa kita, agar sentiasa kita menabur jasa dan mengenang budi. Untuk apa kita kaya jika ada orang lain yang tersepit tidak makan,susuah dan derita, untuk apa kita bermegah megah dengan apa yang kita ada sedangkan orang lain tidak dapat menikmati dari bahagian apa yang kita ada, sedangkan bahagian yang ada pada kita itu adalah hak orang lain, ingatlah ketika kita hidup dan bernafas, nafsu memang menyelubungi kita, tetapi apabila maut hampir menjelang kita akan merasakan apa yang kita ada barulah terfikir untuk menabur jasa, sedangkan segala galanya mungkin sudah terlambar, ketidak upayaan kita bergerak telah di kunci dan kita sudah menjadi kaku dan lesu, maka itu beringatlah tugas kita di persada ini sangat banyak, laksanakan semampu yang boleh,tetapi dengan penuh tanggungjawab, sebab segala perbuatan kita itu semuannya akan dipertanggungjawabkan,apakah kita tidak takut,apakah kita menolak itu semua,apakah kita tidak risau dihadapan raabul jalil, dapa apa yang hendak kita jawapkan. mungkin sekarang semasih sihat tidak rasa,semasa kaya lupa,semasa senagn terleka, tetapi tiba masannya,segala gsala prilaku kita itu terbayang, maka itu bertaubatlah dan kembalikan hak kita kepada kita,kembalikan hak rakyat yang menjadi miliknya, kembalikan hak pemimpin kepada pemimpin dan pimpinlah negara dengan hati yang jujur dan iklas, dan berjuanglah untuk mendapatkan kuasa bukan sekedar kuasa,tetapi sebagai suatu perjuangan untuk meletakkan pada landasan yang hak, maka itu renungkanlah sampai di mana kita kini ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan