Sabtu, 21 Januari 2012

JANGAN TUDUH TIDAK BAIK,BERCAKAPLAH YANG BAIK SUPAYA MEMDAPAT PULA YANG BAIK.

Saya merespon kenyataan ini, untuk menyatakan kita semua mestilah bercakap yang baik,supaya mendapat pula yang baik dan terbaik, buka kita menuduh orang lain mengjadi punca sesuatu masallah, kita mesti mulakan persahabatan yang baik kepada semua pihak,agat ternyata kelihatan baik, harapan saya kenyataan seperti di bawa ini perlu di baiki dan menolak segala sumber tidak baik, semoga kita semua mencapai kebaikan, namun jika ada perkara yang merugikan setiap pihak maka adalah menjadi tanggunnjawab kita memperbetulkan dengan kaedah yang baik,beretika dan bertata susila,ia tidak ditujuk kepada satu pihak tetapi harus semua pihak merasakan sesungguhnya kita bernegara ini adalah untuk menjadikan negara kita bertambah baik dan dihormati oleh semua pihak,maka itu berbaik baiklah semoga kebaikan juga yang kita perolehi.

Menteri: Anwar mungkin penyebab hubungan tak baik M'sia-Indonesia
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin mengesyaki Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi penyebab kepada hubungan tidak baik Malaysia-Indonesia.

"Semalam dia datang sini (Pantai Dalam di ibu negara), bawa pemberita dari Indonesia.

"YangNONE penting apa yang dia putar belit mungkin menjadi penyebab hubungan tidak baik Malaysia dan Indonesia," katanya.

Semalam, Anwar yang juga ketua pembangkang mengadakan rakaman untuk program personaliti dengan stesen televisyen swasta Indonesia TVOne di kawasan itu.

Menurut pegawainya, rakaman itu untuk melihat hubungan Anwar dengan rakyat biasa.

Berucap dalam majlis turun padang perdana menteri di kawasan itu, Raja Nong Chick juga menyifatkan kedatangan Anwar tidak mendapat sambutan.

"Berapa orang ikut dia? Tak ada orang kan?" katanya yang juga ketua Umno Lembah Pantai.

'Perkecil bantuan BR1M'
Raja Nong Chik juga menggambarkan seolah-olah ketua umum PKR itu memperkecil usaha kerajaan membantu rakyat melalui program "Bantuan Rakyat 1Malaysia".

"Saya tak bohong. Dia kata, ambil BR1M tapi jangan sokong BN," dakwanya.

NONESementara itu, Raja Nong Chik juga mengambil peluang menyebut semula usaha BN selama ini untuk memajukan kawasan itu, antaranya pembinaan kompleks niaga di kawasan berdekatan dan kejayaan menyelesaikan kesesakan jalan raya di kawasan sekitar.

"Justeru saya amat yakin rakyat akan terus menyokong kerajaan BN," katanya di hadapan kebanyakan peserta yang dijadual menerima bantuan BR1M yang akan diedarkan di kawasan perumahan itu.

Hubungan Malaysia-Indonesia sebelum ini teruji apabila timbul
kemarahan penduduk republik itu terhadap negara ini dalam pelbagai isu, antaranya kesenian tradisi yang didakwa dicuri.

Program perdana menteri di parlimen Lembah Pantai itu antara rangka lawatan Najib di kawasan parlimen pembangkang di Kuala Lumpur, yang dilihat sebagai usaha mendapatkan kembali sokongan BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan