Isnin, 9 Januari 2012

ANTOLOGI PUISI Drs.Mohd Zaid :P O L I T I K

SUMPAH DAN PELEPAS JIWA
Selalu aku menyapa
Sebab tak selalu aku menyampah
Berapa ramai yang telah bersumpah
Namun sumpahnya semakin berseapah
Tak juga ada yang takut bersumpah
sebab takut diseranah

Kembalilah kepada kebenaran
sebab yang benar kan menakluk yang bathil
Jangan pula berani bermain sumpah
ketika kebenaran di tenggelamkan oleh sibathil

Di mana kau dan dimana mana kau Insan
Janganlah bermain main dengan sumpah
bukan kerana titik dan senilanya
tapi kerana nila dan airnya,habislah jadi penuh sebelanga
Gelombang Insan asyik terbuai
dalam kias dan kata
Noda dan derita
adakah itu
pelepas Jiwa.


oleh; Drs, Mohd Zaid Mohd Yusof.

SAPI PILALAH YANG MENDAPAT NAMANYA

Man ayah kata jangan Lupa
Segenggam tanah itu pun kita yang punya.
Man ayah juga kata jangan lupa
Air mengalir itu adalah sangat berharga
Timah Ibu Kata, bukankah srikandi tak pernah lupa
dalam hayunan buaian itu di pupukan dan di pukongkan
dan dodoikan dan disusukan dari darah yang mengalir
Anak ku, apakah tanah dan air ini masih milik kita
Anak ku apakah kerana srkandi itu
terkenangkan kisah lembu
Bukankah si lembu itu yang menjadi mangsa
atau ayah dan Ibu kata Man dan Timah yang dikorbakan si Lembu.
Namun aku berkata pada Man dan Timah
Usahlah ragu "Lembu yang punya susu, sapi pula lah yang mendapat namanya:

Oleh Drs Mohd Zaid Mohd Yusof






Tiada ulasan:

Catat Ulasan