Jumaat, 20 Januari 2012

SEPETANG DENGAN SI BANGGLA: ALANGKAH KEJAM MEREKA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ITU.

Petang tadi saya ada berbual dengan seorang Banggla yang tidak pernah saya kenal, kebetulan saya sedang mencicipi makanan di sebuah restoran di Batu Pahat, sambil tersenyum kepada bangla yang baru masuk ke dalam restoran itu, saya pun disapa oleh banggla itu, katanya" Hai Bang!", saya jawab You kerja mana ? dia pun menjawab saya kerja di kilang kain, tapi sudah berehenti bang,katanya kepada saya. Saya tanya dia lagi mau makan kah ? dia jawab saya mau makan juga, kalau mau makan duduk sini lah ,sapa saya, yang ketulan saya hanya seorang diri di restoran tersebut, dari sana saya memulakan siasatan saya kepadanya, dan mendapati dia adalah mangsa penipuan agent pekerja asing akibat penipuan pasport dan permit Palsu, dan ini lah yang menjadi bahagian dari banyak lagi mangsa yang mungkin terjadi di negara ini, lantas saya merenungkan,berapa banyak tanah dan lembu yang di jual oleh mereka sebelum mereka datang ke Malaysia, semata mata untuk mencari kerja, tetapi sampai di sini menjadi mangsa penghambaan dan penipuan sindiket, dan alangkah kejam mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan