Rabu, 11 Januari 2012

SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT

Begitulah bunyi bahasa yang membayangkan jika ada salah faham, jika tidak ternyata suatu keputusan di ambil, saya diberitahu oleh setiausaha Parti KITA di Pusat menjelaskan mengenai masallah Parti KITA di Melaka, maka dapatlah saya fahami, ya, jika sudah tidak mampu untuk melaksanakan tugas, maka tindakan pergerakan baru akan di ambil, maka itulah saya difahamakan pada Mesyuarat Perwakilan Parti yang akan datang akan di ubah terhadap kepimpinan KITA negeri Melayu, namun mereka mengambil tindakan untuk meletakkan jawatan secara lebih awal, begitu pun saya anggap hal ini umpama sedangkan lidah lagi tergiggit, namun apa pun yang  perlu di gerakkan adalah kefahaman kepada anggota akan tanggungjawab mereka memperkukuhkan perjuangan Parti KITA, di lain lain cawangan nampaknya parti KITA sangat aktif dan jika hana di sabatkan kepada sesebuah negeri saja yang aktif, memang saya nafikan, sebab tinjauan saya dan pengamatan saya ke negeri negeri lain mendapati penglibatan Parti KITA itu adalah sangat berkesan, sebelum itu saya mengulas mengenai ura ura yang terjadi di melaka dan mendapatkan maklum balas dari setiausaha pusat yang membuat kenyatannya dalam Malaysia KINI seperti berikut:-
Pusat nafi dibubarkan

Parti KITA dilancarkan pada 12 Jan 2010 oleh Zahid manakala cawangan KITA di Melaka mula diwujudkan pada 19 Jun 2011.

Pembubarangan itu bermakna parti berkenaan hanya bertahan dalam tempoh kira-kira enam bulan sahaja di Melaka.
Sementara itu, dalam satu kenyataan media, petang tadi, Setiausaha Pusat KITA, Masrum Dayat berkata ahli jawatankuasa cawangan tiada kuasa untuk membubarkan sesebuah cawangan.
Sebaliknya, kuasa itu terletak pada pusat.

"Pusat merancang untuk merombak kepimpinan di Melaka dijangka selepas AGM akan datang. Ini kerana Melaka tidak cukup cergas menjalankan aktiviti semenjak beberapa bulan lepas.

"Walaupun AJK Cawangan Melaka boleh meletakkan jawatan en bloc (serentak) dan 60 orang ahli dikatakan menyertai parti lain, cawangan itu tidak bubar dengan sendirinya," kata Masrum.

Dakwanya, masih ada ramai lagi ahli parti KITA di Melaka yang berdaftar terus dengan Pusat dan ahli jawatankuasa Melaka akan diganti dengan barisan kepimpinan baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan