Selasa, 15 November 2011

Anggota PKR Parlimen Batu Pahat mohon berjumpa Dato Zaid Ibrahim

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air di Parlimen Batu Pahat, telah di datangi oleh beberapa anggota  PKR di sini, untuk berjumpa dengan Dato Zaid Ibrahim selaku pimpinan Ketua Parti KITA. Mereka telah menghubungi Drs Mohd Zaid Mohd Yusof selaku Pengerusi Parti KITA di Negeri Johor bagi menyatakan pendirian mereka dalam waktu terdekat ini. Salah seorang nama yang masih di rashiakan memberitahu seketeriat Parti KITA bahawa di jangka seramai 300 orang anggota PKR akan menyertai parti KITA dalam waktu terdekat ini, dan mereka akan menjelaskan kepada Dato Zaid Ibrahim, sebab mereka bersedia untuk menyertai Parti KITA. Drs Mohd zaid Bin Mohd Yusof mengalu alukan kehadiran mereka untuk menyertai Parti KITA, malah menurut Drs Mohd Zaid selaku Pengerusi Parti KITA di negeri Johor menjelaskan, akan ada lagi anggota PKR yang akan berhijrah ke dalam parti KITA, atas dasar sukarela mereka, dan insyallah jika diberikan kelapangan waktu Parti KITA di Johor akan bermesyuarat bagi menyegerakan pengesahan mereka di dalam parti KITA dan mereka akan diberi peranan penting untuk membantu perjalan parti demi kepentingan rakyat yang di masa kini semakin tenat akibat dari isu isu yang semakin hari semakin membimbangkan rakyat, ujar zaid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan