Rabu, 9 November 2011

PARTI KITA DI JOHOR KIAN MENYUSUN LANGKAH HADAPI PRU KE 13

Pengerusi Parti KITA di Negeri Johor Drs. Mohd Zaid Mohd Yusof, telah mengumumkan kepada wartawan Sinar dan Berita Harian mengenai Calon calon yang akan bertanding di dalam Negeri Johor, Di Jangka 30 orang calon dari Parti Kita akan masuk bertanding di mana 10 daripadanya untuk kawasan Parlimen dan 20 untuk kawasan DUN, pada perjumpaannya dengan beberapa NGO di parlimen Batu Pahat, Zaid menegaskan beliau telah memanggil Jawatankuasa Pollling di kawasan Parlimen Batu Pahat, dan telah menemukan kepelbagaian Isu dari parti lawan katanya. Beberapa Isu itu adalah berkaitan janji janji kosong wakil rakyat yang sangat mengecewakan mereka, di alam ucapannnya kepada Ngos belia dan pengguna beliau mengatakan sekiranya parti KITA  memenangan kerusi parlimen Batu Pahat, beliau akan menyusun semula Program pembangunan dan aktiviti ekonomi, disamping membangkitkan potensi Insan, jauh dari itu katanya lagi, kerugian apa yang diotanggung oleh rakyat dibawah agensi agensi kerajaan akan di perbetulkan, agar hubungan rakyat dan kuasa yang memerintah menjadi baik, Tugas kita membina kemakmoran rakyat dan melepaskan mereka dari belenggu yang menyempitkan kehidupan mereka, rakyat harus menjadi fokus di dalam perjuangan, bukan kroni dan kepentingan diri ujarnya.Beliau turut menyerahkan bantuan beras dan naskah Al Quran kepada Ngos saudara baru di Batu Pahat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan