Sabtu, 26 November 2011

PEMBERIAN TANAH KURNIA HARUSLAH TELUS DAN ADIL,MANAKALA PENCEROBOHAN BERLELUASA.

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Johor, di maklumkan ke seketeriat, semakin ramai di Parlimen Batu Pahat P.150 ingin mengetahui mengenai perjuangan KITA, sejurus beberapa penerangan kelompok kecil telah di buat oleh Pengerusi KITA Negeri Johor, terutamanya di kawasan Bandar Batu Pahat, Senggarang dan Rengit, malah mereka ingin menyertai parti ini sebagai ahli dan relawan. Dalam ucapan Drs Mohd zaid Mohd Yusof di senggarang bandar, beliau menjelaskan Parti KITA memerlukan wakil masyarakat setempat untuk memerhatikan, memantau dan melaporkan kepada Biro Parti ini mengenai hal hal yang berkaitan pembangunan, masyarakat dan apa saja isu penting, bagi memastikan rakyat mendapat pembelaan, ujarnya lagi baru baru ini terdapat orang awam yang mengadukan mengenai beberapa tanah kerajaan yang ada telah diceroboh dan ini membuktikan kerajaan tindak menjaga dengan baik tanah tersebut sehingga ramai yang menceroboh, termasuk juga pengerobohan di kawasan tadahan air, apa pun mengenai pencerobohan ini membuktikan bahawa rakyat berminat mengusahakan tanah tanah terbair, maka seharusnya rakyat diberikan peluang secara sah untuk mendapatkan tanah tanah kurnia kerajaan di negeri ini, dan pemberian tanah kurnia seharusnya tidak berpilih, ia mestilah diberikan secara telus dan adil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan