Jumaat, 11 November 2011

KAWASAN TANAH LAPANG(KAWASAN HIJAU) APA DAH JADI,SILA LAH SIASAT?

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air telah meneropong mengenai beberapa perkara di dalam Parlimen Batu Pahat ini, pada kali ini kita akan mengajak untuk melihat kawasan awam ang di sebut sebagai Lapangan Hijau, lebih tepat dalam bahasa biasa di pakai adalah kawasan tanah lapang,atau padang di taman taman di dalam Parlimen Batu Pahat. Persoalannya adakah kawasan Tanah lapang atau kawansan hijau itu di gunakan dengan tepat dan betul. Jika kita melihat kawasan tersebut di atasnya ada Tapak permianan, namun ada pula menjadi tempat penduduk tempatan bermain bola, ada juga di jadikan tempat paking kereta, ada juga tempat tersebut digunakan untuk tapak perniagaan, ada juga di bina rumah Ibadah, ada juga di bina untuk kegiatan kedai kedai kecil, ada juga di gunakan untuk membuat warong, malah ada juga tapak tersebut digunakan untuk tanam saur sauran, malah ada juga digunakan untuk membuat reban ayam. Maka soalnya apakah kawasan Hijau ditaman atau dikenal kawasan lapang layak seperti itu, dimanakah penguatkuasaannya, apa dah Jadi ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan