Sabtu, 26 November 2011

PENGSWASTAAN DALAM KAWASAN REZAB MELAYU DI BANDAR BATU PAHAT, MEMILUKAN ORANG MELAYU.

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Johor,pada tadi petang telah menerima maklum mengenai mengenai tanah Kerajaan yang telah di swastakan, diamana tanah tersebut terletak di jalan kluang Batu pahat, merupakan bekas Tapak store JKR lama, diperkhabarkan bahawa tapak tersebut akan dibangunkan sebagai bangunan tesco pusat pasaraya.Penduduk di kawasan sekitaran merasa tidak berpuas hati, dimana dikatakan bahawa tanah tersebut merupakan rezab Melayu dan segala pengswastaan di Batu Pahat digambarkan dalam suasana yang negetif, sebagaimana sebauah syarikat swasta juga ingin membangunkan tapak perumahaan kerajaan di kawasan Gunong Soga, di mana tapak tersebut merupakan kuaters kakitangan kerajaan, yang kini juga bangunan tersebut telah di robohkan, tetapi masih terdapat bangunan kerajaan yang lain di kawasan tersebut belum di robohkan lagi, terdapat juga kuaters kerajaan yang lain yang tujrut di robohkan di dalam kawasan Parlimen Batu pahat ini seperti berhampiran dengan Pejabat TNB Batu pahat, dan juga sebuah projek yang diambil alih untuk tujuan pengswastaan berkekatan Sekolah Tinggi Batu Pahat, sikap membangunkan kawasan rezab melayu dengan konsep pengswastaan di atas tanah rezab melayu ini, mengakibatkan masyarakat melayu berkecil hati dan merasa mereka mula di pinggirkan ,kerana tidak diajak berbincang di sampiong melihat tindakan kerajaan negeri membuat keputusan tersebut adalah menjejaskan masa depan orang Melayu di kawasan perbandaran, dengan beralasan kemampuan orang Melayu membeli rumah diatas tanah tersebut pada kadar harg yang tiggi akhirnya, dan apakala orang Melayu tidak mampu membeli maka kerajaan negeri akan membuka kepada yang lain, ini sangat menyedihkan, ujar Encik Masrom dan Jaffar di dalam penerangannya kepada KITA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan