Isnin, 28 November 2011

MAKNA SEJARAH YANG DI LUPAKAN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8PawLlODNSxttXNFk8FiUjs-y8QOOkY-BbrQPoIatizOacJ9yfFC9Jzn2kEtN_r5Q7YlWFzBzNpjEtVXGgB4xGsuzOL1JLOXfsGoDVDWNFBUTqoh2Vd4lE2h13EgXGB-M_zj8vbZa4d8/s1600/A-flight-of-No-73-Squadron-over-France-during-the-phoney-war.jpgJika kita menyadari hakikat pengertian sejarah sebagai tarikh dan peristiwa, serta cerita cerita lampau yang meruapak realiti di dalam kehidupan manusia yang diwarnai dengan tempat dan waktun nya, maka makna itu akan membuatkan kepada kita sebagai sesuatu yang sangat penting, dan kepentingan itu pula meruapakan suatu jambatan masa lalu menuju kepada masa depan yang ingin di capai, sebab itulah ramai yang lupa makna sejarah dan terlepas pandang untuk mencermininya.

Makna sejarah kenegaraan Kita, tidak boleh dipandang sepi, Identiti kesejarahan negara akan terhakis jika pemimpin politik tidak menyedari bahagian dari kemerdekaan merupakan sebuah perjuangan yang di bangkitkan oleh setiap lapisan masyarakat dari pengikut hingga pemimpin, dari ketua negeri hinggalah kepada rakytat jelata, dan kini masa berubah dengan pantas, dan kemerdekaan Malaysia akan mencapai masa yang lebih jauh dari sudah merdeka keusia hampir 70 tahun dan mampukah kemerdekaan itu kekal selama 100 tahun?

Jika Negara ini ingin mengelakkan kemerdekaannya, jauh lebih dari angka 100 tahun yang akan datang, maka pemimpiin dan rakyatnya harus di sedarkan dengan kekuatan ilmu dan iman. Jika rakyat menyedari kehadiran mereka diatas bumi ini sebagai khalifah dan pembawa kedamaian dengan menyelesakan kehidupan berserta perkembangan teknologi yang membina, maka kehidupan manusia semakin selesa, namun sebaliknya jika berlaku, apa yang diharapkan tidak akan tercapai.
Maka itu kesedaran makna sejarah jangan dilupakan, ia adalah pemangkin yang kuat kepada insan, jika kita tidak memahami sejarah, jika rakyat dikaburkan tentangnya, jika pemimpin tidak menyerap kepada hakikat perjuangan,merasakan penderitaan dan keperitan lampau, dan disodorkan dengan kemewahan dan keegoan serta sikap sepi kepada harmonni dan damai, maka alamatnya, keambang hancorlah kermedekaan yang sekian lama ditatang, dan mampukah kesedaran sejarah digilap kembali dengan rasa hormat oleh setiap pihak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan