Rabu, 9 November 2011

TUNTUTAN GAJI MINIMUM UNTUK GLC JOHOR

Dikalangan rakyat negeri Johor ada yang berpendapat bahawa kenaikan harga barang masih tidak dapat di kawal di samping,pendapatan rakyat adalah tidak memadai untuk menyara kehidupan mereka. En Othman salim salah seorang penduduk pekan senggarang Batu Pahat menyifatkan seharusnya pihak kerajaan terus memantau dari masa ke semasa mengenai kenaikan harga barang, malahan sangat membimbangkan ada dikalangan rakyat tidak berdaya membeli keperluan asas mereka, katany nak cari makan pun susah, apatah lagi nak membeli barang makanan di rumah. Seorang lagi penduduk di dun penggaram Batu pahat iaitu Encik Azrin memberitahu kami dari Persatuan Kereta sewa Batu Pahat memperoleh pendapatan bersih sebulan RM500.00 sahaja, malangnya keperluan untuk keluarga tidak dapat menampong kos hidup yang sangat tinggi, manakala parti politik asyik bermain dengan Isu semata mata, tetapi keadaan sebenar rakyat tidak diambil kisah, janji kosong bertaburan dan katanya lagi rakyat sudah mulai bosan  dengan politik. Seorang lagi Penduduk di batu Pahat Johor encik Hussin memberitahu, sepatutunya gaji minimum harus lah ditentukan oleh kerajaan terhadap anak anak syarikat kerajaan di negeri Johor, yang mana terlalu sedih kemiskinan melanda di negeri ini, tidak selayaknya pekerja di dalam anak syarikat kerajaan menghadapi gaji yang berada di paras kemiskinan tegar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan