Selasa, 22 November 2011

SETIAUSAHA KITA JOHOR : TAMBAHKAN AHLI DAN RELAWAN.

Setiausaha Parti KITA Negeri Johor ,Encik Rashdi memberitahu kepada ahli parti kita di Batu Pahat di dalam perjumpaannya dengan penubuhan persatuan baru pengangkutan dan pemilik kenderaan awam, agar dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik, beliau juga mengesa agar kerja berpersatuan hendaklah di lakukan dengan gigih, disamping memenuhi tanggungjawab dalam perkhidmatan sosial,maka di sudut pembangunan  ekonomi juga mestilah digiatkan. Beberapa ngos lain akan digabungkan untuk membantu Parti KITA di dalam menghadapi Pru ke 13 ini, kerja yang sistematik dan berterusan akan memberikan pulangan yang baik kepada parti,ujarnya lagi, manakala itu parti akan menjadi kuat jika semangat kerjasama sentiasa dipentingkan, perjuangan Parti ini bukanlah perjuangan cari makan,tetapi memberi ruang kepada mereka yang berusaha untuk mengembangkan ekonomi mereka menerusi kaedah pengembangan ilmui, seterusnya beliau meminta gerakan menambah keahlian dan relawan akan diteruskan tanpa henti demi memenuhi tuntutan poerjuangan di dalam Parti kita ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan