Rabu, 23 November 2011

PERGERAKAN YANG DRASTIK DI JOHOR UNTK PARTI KITA

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) negeri Johor ,tadi petang mengadakan mesyuarat Biro Politiknya dan menghuraikan gerak kerja PRU ke 13 yang di jangka dalam waktu terdekat, walaupun ada pihak mengatakan ianya memakan masa yang lama, kerana banyak urusan lain yang di dapati perlu di selesaikan oleh parti yang memerintah memandangkan isu yang tali temali ini akan memberi kesan kepada BN. Drs Zaid Pengerusi Parti KITA Johor dan Pengerusi Politik Parti KITA, telah memberitahu adanya pergerakan baru di dalam Parti ini untuk menampilkan muka lama yang berpengaruh di kawasan di samping muka baru yang berpotensi dengan profesi serta pengalaman mereka yang sangat beruguna untuk membantu masyarakat dan negara ini di bangunkan. Beliau juga membayangkan mungkin ada penambahan dan pengurangan di dalam meletakkan calon kita di negeri Johor, kerana ia juga ada kaitan dengan perkembangan semasa. Walau bagaimana pun katanya lagi Parti KITA harus berkerja keras dan bersungguh sungguh untuk mencapai kemenangan pada paru ke 13 di negeri johor, dan kepekaan kita perlulah menempatkan kepada perkhidmatan masyarakat yang drastik dan keupayaan drastik itu mestilah digembeling dengan tenaga yang padu dan berkesan,katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan