Jumaat, 25 November 2011

HARAPAN PARTI KITA DI JOHOR

Apakah Tujian Parti Kita di tubuhkan ?
Sesuai Fasal 5 Tujuan dan matlamat Parti Kita,iaiatu 5.1. menyebutkan Kita berjuang ke arah perpaduan tulen bangsa Malaysia, yang berpaksikan sikap toleransi, saling menerima dan menghormati antara satu dengan lain, Kita harus menigkatkan sikap saling percaya dan mempercayai antara satu dengan lain, melahirkan semangat muhibbah dan menerima pakai prinsip prinsip rukun negara.Sebenarnya ada 8 tujuan dan Matlamatnya seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan,yang saya nyatakan ini ,adalah yang pertama.Dan boleh lah di rujuk pada perlembagaan kita.

 Benarkah Parti ini sebuah parti yang di anggap kecil dan tidak berupaya bersaing dengan parti yang sedia ada ?

Semua parti bermula dari kecil, kemudian menjadi besar, namun yang kecil itu bukan bergantong kepada keahliannya, ia bergantong kepada sokongan, yang kadang kala sesetengah orang ,tidak menyertai ahli parti,tetapi minat untuk menjadi relawan parti dan penyokong kepada parti atas sebab sebab tertentu. Mereka kadang kadang terikat dengan sesetengah pihak yang coba menghempang dan menghalang sesetengah yang berminat untuk menjadi ahli, sebab itu ada di antaranya menterjemahkan sokongan mereka secara senyap.

 Benarkah Parti ini, tidak boleh berkemabang dan ianya hanya parti kacau daun di dalam menghadapi Pilihanraya ke 13 ?


Parti ini pada hakikatnya, semakin berkembang, dan terus akan berkembang dengan cara dan tindakannya sendiri, soal tidak berkembang,tidak timbol,sebab setiap hari ada saja yang menyertai parti ini di Negeri Johor, manakala ia disebutkan parti kacau daun, itu tidak benar,sebab parti ini adalah parti dominan, dan mempunyai prinsip untuk mencapai kemenangan dan menghormati kehendak rakyat, dan Kita telah pun menyalorkan manifesto perjuangan parti KITA, dan rakyat sudah mulai dan sedang meneliti perjuangan KITA ini, dan masih banyak kerja untuk memperkenalkan perjuangan KITA kepada rakyat, agar kefahaman mereka terserlah.


Bagaikmana Harapan di dalam neghadapi PRU ke 13 ini ?
Insyallah, Parti kita akan terus berusaha, dalam keadaaan apa jua, dan harapan saya rakyat memahaminya dan memberikan sokongan serta mengundi parti ini di dalam menghadapi pilihanraya ke 13 ini, Banyak pola pemikiran rakyat melihat fenomina Parti masa kini, ada yang dapat di sifatkan halauan kanan seperti BN, ada juga yang di sifatkan halauan kiri seperti Pakatan, namaun parti KITA adalah menjenamkan pola politik KIta sebagai senderhana, yang lebih memikirkan pendekatan yang sederhana dengan mementingkan nilai nilai mesyuarah, perbincangan,diskusi,diplomasi, dan bukanlah bertindak dengan cara dan gaya yang menganggu kedamaian dan ketenteraman rakyat saecara keseluruhan, insyallah jika di izinkan Allah parti kita dengan kodrat dan usaha yang ada akan menenpuh segala dugaan,dan ia bermula dari sejarah pertama di Pilihanraya ke 13 ini dan KITA juga mengharapkan kemenangan dan sokongan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan