Sabtu, 26 November 2011

KEBEBASAN DAN KEMERDEKAAN : PANDANGAN DAN PENDEKATAN PARTI KITA MENERUSI MANIFESTONYA.

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air(KITA) menanggapi perlu memulihakan pemisahan kuasa seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan Merdeka untuk melindungi hak hak siivil dan layanan samarata semua rakyat di bawah undang undang, maka itu parti KITA telah mencadangkan ;
1. Mengembalikan semua hak asasi dan kebebasan awam seperti yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan melalui pemansuhan undang undang zalim dan menindas.
2. Menggalakkan kesamarataan dan keadilan untuk semua dalam konteks Perlembagaan Persekutuan
3.Mempertahankan hak semua rakyat Malaysia untuk mengamalkan agama masing masing tanpa dihalang dan pada masa yang sama menghormati  kedudukan keistimewaan agama Islam.
4.Menarik bakat bakat dari luar negara dan menghalang bakat bakat kita daripada meninggalkan negara.Budaya dan seni perlu di kembangkan dan di galakkan.Persekitaran sedemikian hanya boleh wujud dalam masyarakat yang bebas.Dasar dasar konservertif dan tradisional boleh menghalang penghijrahan bakat-bakat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan