Jumaat, 18 November 2011

KITA TERBUKA:TERIMA UNTUK MEREKA YANG SEHALUAN DENGAN PERJUANGAN PARTI KITA

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air di maklumkan bersedia untuk berjumpa dengan ahli PKR Parlimen Batu Pahat yang berminat untuk menyertai Parti KITA.Pengerusi Parti KITA Johor, Drs Mohd Zaid menjelaskan bahawa beliau telah dihubungi oleh ahli PKR di parlimen ini untuk menyatakan sokongan mereka kepada Parti KITA, zaid berkata mesyuarat dengan mereka akan di adakan dalam waktu terdekat ini dan di jangka seramai 150 orang anggota PKR akan menyertai Parti KITA,namun zaid menjelaskan kemasukan mereka ini akan diserahkan borang tersebut kepada ketua Parti pada tarikh dan masa yang sesuai.Mesyuarat ini juga membincangkan mengenai masallah pembangunan dan sekitaran yang menghambat pembangunan rakyat sebagaimana janji janji kosong yang telah diberikan oleh pihak tertentu kepada mereka, zaid berjanji akan mengambil perhatian di atas perosalan yang akan di bincangkan di dalam mesyuarat, nantinya.Ujarnya ketika merasmikan perjumpaan berkelompok AJK Negeri Parti KITA, di Batu Pahat, tadi Pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan