Jumaat, 18 November 2011

PETIKAN UCAPAN PENGERUSI KITA NEGERI JOHOR PADA TIGA MAJLIS DI PARLIMEN BATU PAHAT.

Banyak Berita yang menjadi Isu penting Negera yang mssih belum terjawab, Negara kita selalu dihadapkan dengan Isu, namun banyak pula itu itu kian terpendam seperti tidak bermaya diangkat untuk mendapat hal bagi tujuan diadili, maka itu, kebangikatan apa saja isu harus disusuli dengan pembelaan dan kebenaran agar rakyat menjadi yakin terhadap amanah pemerintahan di negara ini, justru itu apa pun berita yang diangkat sebagai isu kepentingan Nasional, mestilah di selesaikan dengan jawapan yang tepat,benar dan betul, dan setiap pihak harus bertanggungjawab dengan apa yang telah di perbuat oleh mereka.
Tanggungjawab kita kepada negara, akan hanya tercapai jika kita tahu,sesungguhnya tanggungjawab itu adalah bahagian dari tuntutan agama, Islam mengajar ummatnya untuk bersikap secara jujur dan amanah, kepimpinan yang amanah akan memberikan pul;angan yang baik bukan hanya kepada diri pemimpin,malah kepada masyarakat dan negara. Kita harus ingat sesungguhnya apa yang di buat oloeh setiap insan harus dipertanggungjawabkan bukan saja di dunia malah diakhirat, maka itu tujuan perjuangan di dalam hidup ini adalah bahagian dari jambatan ke akhirat.


 Sesunggunya kepentingan bersandar kepada ilmu dan pengembangannya akan menyebabkan kita boleh maju ke hadapan, jika masyarakat tidak terdedah kepada ilmu, masayarakat dan negara akan menjadi lemah dan tammadun umat akan mundur kebelakang, maka itu di negara kita pengiatan ke arah masyarakat berlumu,pemimpin berilmu dan rakyat berilmu adalah penting agar kita tidak dibuai dengan nafsu kepentingan, agar kita tidak diperalat mapun kita tidak boleh diabaikkan kepentingannya ke arah menjadikan negara kita terus bermartabat, di junjung sebagai haknya untuk menempatkan keberadaannya yang wajar dan selayaknya, maka itu keseimbangan antara kehidupan ini sangat penting agar perjalanan kehidupan kita tidak menjadi sumbang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan