Selasa, 7 Februari 2012

AGENDA KITA MEMBONGKAR ADA ANASIR DALAM PARTI KITA

"Jika itu yang menjadi alasan utama mengapa parti ini hendak di bubarkan, maka adalah menjadi tanggungjawab kepada JEP untuk membongkar dan menyasiatnya, kita perlukan tindakan yang tegas agar rakyat melihat parti ini menjadi harapan kepada mereka, sebab itu saya berpendapat perlunya hujah yang objektif untuk menelusuri persoalan yang di bangkitkan, siapa yang terlibat harus bertanggungjawab, sehinga perti ini di lihat bersih dari anasir, dan tidak menjadi alasan lain yang membebankan sehingga parti ini dijadikan sebagai kambing hitam kepada mana mana pihak."
Oleh Drs. MOhd Zaid Mohd Yusof.
Ketua Parti Kita Negeri Johor.

Kita kekal jika bebas serangan 'anasir'
Wartawan Sinar Harian
7 Februari 2012
ZAID IBRAHIM
KUALA LUMPUR - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) tidak akan dibubarkan sekiranya ia mampu bebas daripada serangan anasir-anasir yang tidak diingini, terutama mereka yang menyusup masuk ke dalam parti itu, kata Ketua Penerangan Pusat parti, Mohamed Mazlan Abdul Manaf.
"Itu satu pilihan yang akan diberi keutamaan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu akhir bulan ini," katanya.
Tambah beliau, kenyataan Presiden parti, Datuk Zaid Ibrahim untuk membubarkan parti itu adalah pandangan peribadinya.
"Bagaimanapun pada mesyuarat itu jika kepemimpinan parti berpendapat bahawa jalan terbaik untuk menghalang parti daripada dijadikan alat tunggangan bagi menyalahgunakan proses pilihan raya menerusi pembubaran parti, maka keputusan itulah yang bakal diambil," katanya dalam kenyataan yang disiarkan melalui laman web Kita, www.partikita.com hari ini.
Khamis lepas, Zaid mengeluarkan kenyataan untuk membubarkan Kita yang disifatkannya sebagai usaha mengelak keraguan yang parti itu menyokong pembangkang.
Bagaimanapun kenyataan Zaid ditolak beberapa pengerusi negeri parti itu, malah ada yang mendesak Zaid meletak jawatan dan meninggalkan parti berikutan kenyataan berkenaan.
Mohamed Mazlan mendakwa apabila keanggotaan Kita bertambah, ada sesetengah pihak yang menyusup masuk menjadi ahli parti dengan agenda untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
"Walaupun mengalu-alukan mereka yang ingin bertanding dalam pilihan raya demi memperjuangkan manifesto dan prinsip parti, namun Kita tidak akan meletakkan calon yang objektifnya adalah untuk 'merosakkan undi', katanya.
Beliau berkata, Kita tidak akan meletakkan calon yang diperalatkan oleh kumpulan tertentu yang bertanding untuk mencapai matlamat politik mereka. - Bernama



Tiada ulasan:

Catat Ulasan