Isnin, 13 Februari 2012

ZAID IBRAHIM :PETIKAN DARI SAYA PUN MELAYU.

PADA saya tidak ada untungnya kita menjadikan tafsiran siapa itu Melayu sebagai satu stereotaip atau memperkecilkan kumpulan lain yang juga Melayu semata-mata kerana kita bertentangan pemikiran dan nilai, dan cara hidup. Tidak patut ada stereotaip Melayu kerana seperti bangsa dan kaum lain di dunia ini, Melayu mempunyai banyak serpihan dan lapisan, banyak ketidaksamaan, banyak asam ragam.
Ilmu dan pelajaran serta nilai dan sikap yang positif, selaras dengan keperluan dan cabaran semasa, adalah lebih penting kepada kemajuan orang Melayu. Ini lebih penting dari asal-usul dan keturunan, dan dari parti mana orang Melayu itu bersandar. Malah nilai dan sikap positif amat penting dalam bidang yang mana orang Melayu dianggap sangat berjaya — politik —  kerana ia memerlukan nafas dan pendekatan baru. Politik Melayu amat memerlukan reformasi dari dalam dan luar diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan