Rabu, 8 Februari 2012

MENGHAYATI MAKNA KASIH SAYANG.

Ramai yang menyangka kasih sayang itu, lahir dengan begitu saja, pada hal kasih sayang itu haruslah menjadi bahagian dari hidup kita. Jika kita ada perasaan kasih,maka tidak akan sentiasa berprasangka baik, jika kita ada perasaan sayang sudah pasti kita akan memelihara sesuatu yang ada pada kita dengan baik, ingatlah sesuatu itu tidak datang dengan mudah, ia bukan diumpamkan saja dengan yang pipih datang melayng dan yang bulat datang bergoleh, tetapi ia jauh dari itu, dimana kasih sayang itu juga suatu usaha, suatu peluang dan suatu yang harus di jaga dengan baik.Bukan mudah peluang untuk berkasih, dan bukan mudah untuk membenih nilai sayang, maka itu peliharalah kasih sayang, kerana ia adalah kesuburan di dalam kehidupan ini.Apakah punca hilang kasih sayang, tentu ada sebab sebanya,namun itu juga lah sebagai ujian kepada kita untuk menghadapinya dengan penuh penghayatan dan ke insafan, berginilah keadaannya jika nafsu tidak di perangi, maka kasih sayang juga akan terancam, dan tempatkanlah kasih sayang itu ditempat yang tepat dan betul, agar ia menjadi sesuatu yang bersinar di dalam ke hidupan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan