Zamil ajak Perkasa, Amanah, Jati bentuk kuasa ketiga:
"Lupakan Datuk Zaid Ibrahim. Kita bentuk satu gabungan baru yang diterajui pemimpin berwibawa, matang dan berprinsip."
ALOR
SETAR: Pemimpin KITA mencadangkan NGO besar seperti Perkasa dan Amanah
serta Jati bergabung untuk menjadi kuasa ketiga politik yang besar dan
berwibawa.Zamil Ibrahim berkata, perlu ada usaha segera untuk untuk membolehkan NGO besar itu memperjuangkan hak dengan lebih berkesan.
“Saya mengajak Perkasa, Amanah dan Jati bergabung dengan Kita menjadi entiti politik besar mencabar BN dan Pakatan Rakyat.
“Mereka semua orang politik lebih baik bergabung dalam satu parti yang diterajui KIta,” katanya ketika dihubungi.
“Sebab itu saja ajak Datuk Ibrahim Ali (Perkasa) dan Datuk Kadir Sheikh Fadzir (Amanah) masuk Kita.
“Lupakan Datuk Zaid Ibrahim. Kita bentuk satu gabungan baru yang diterajui pemimpin berwibawa, matang dan berprinsip.”
Bantah Zaid
Kata Zamil, NGO JATI pimpinan Datuk Dr Hasan Ali hanya bertumpu di Selangor dan mungini mempunyai sokongan satu dua kelompok sahaja.
Katanya, untuk itu lebih baik JATI menyertai Kita untuk merangka perjuangan yang lebih besar.
KITA pimpinan Datuk Zaid Ibrahim akan dibubarkan dalam mesyuarat agung parti tidak lama lagi.
Tindakan ini menimbulkan rasa tidak puas hati sebilangan pemimpinnya yang mendakwa bekas pemimpin Umno dan PKR harus meletakkan jawatan dan bukannya membubarkan KIta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan