Ahad, 19 Februari 2012
Menterjemahkan Sikap Imbangan kuasa dan Isu Menjelang pru ke 13!
Sudah lama rakyat dan parti parti politik bercakap soal pru ke 13, pemimpin parti sentiasa mengingatkan sesungguhnya pru ke 13 ini akan segera tiba, ada yang menjangka Barisan Nasional dan kompenannya akan tewas pada kali ini, manakala ada penganalisa politik beranggapan BN akan lebih bersedia untuk menghadapinya dengan mengekalkan kemenangan yang lebih baik. Semangat Parti Oposisi menerusi gerakan Pakatan rakyat dan parti kecil yang lain juga berusaha untuk rakyat berselera merubah kuasa memerintah, persoalanya sejauhmanakan perubahaan kuasa memerintah di negara ini akan terjadi pada Pru ke 13 ? Apakah pelajaran baru yang akan di tempuh oleh parti parti politik kini untuk memberikan warna baru kepada politik Malaysia kini, termasuklah melahirkan apa yang di sebuat sebagai kuasa ketiga dan sebagainya, di samping itu perana dan pemahaman Ngo di negara ini didalam menyalurkan amanah kuasa mereka kepada mana mana kuasa politik yang wujud di negara kita.Apa pun yang tidak boleh dipinggirkan adalah perosalan kaum menjadi sorotan dari sokongan pengundi, ini membuktikan sikap perkauman di negara ini masih menebal,walau apa juga program yang diciptakan,mereka masih lagi meletakan diri dalam kepompng lama, soal kaum dan politik bersatu sesama kaum hanya semacam retorik, dimana akhirnya ia akan meletus sebagai suatu yang paling membisakan, jika ia diambil sebagai sesuatu yang menjadi teras kepada identiti negara kini.Mampukah parti politik kini melahirkan suatu kejutan dari imbangan kuasa yang dicapai di negara ini, dengan mengurangkan kerugian dari setiap pihak didalam mengangkat perjuangan negara bangsa yang merdeka di negara ini >
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan