Isnin, 20 Februari 2012

KENYATAAN RPK MENGENAI TUN ZAKI TUN AZMI (BEKAS KETUA HAKIM NEGARA ) 2.2 BILLION TIMBUL TANDA TANYA ?

Tun Zaki Tun Azmi bersara sebagai Ketua Hakim Keenam Malaysia pada 9 September 2011. Dan bagaimana kita akan ingat dia? Sebagai Penasihat Undang-undang Umno dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib yang menjadi Hakim terkemuka di Malaysia? Sebagai seorang lelaki yang memberikan Perak kembali kepada Umno? Atau sebagai Ketua Hakim Negara 'Umno' bersara yang mendapat RM2.2 bilion-konsesi lebuh raya sebagai hadiah persaraan beliau untuk membantu Umno untuk mendapatkan Perak kembali? -Kenyataaan Raja Petera Kamaruddin (RPK)
 

Kenyataan RPK itu membuat Parti KITA Negeri Johor menarik perhatian terhadap beberapa persoalan ,antaranya adalah seperti berikut:
1. Kata RPK  sebagai seorang yang memberikan Perak kembali kepada UMNO ? apakah maksud beliau itu, apakah disebalik kejayaan UMNO memperoleh kuasa di Perak tempoh hari sebagai sesuatu yang di sifatkan adanya konseperasi yang di peranankan oleh Tun Zaki Tun Azmi, sejauhmana kebenarannya, apakah asasnya, apa pula bukti buktinya apa pula yang menyebabkan RPK meletakkan sangkaan seperti itu di dalam kenyatannnya, atau semata mata suatu soalan yang berpenghujung kepada realiti atau fitnah, maka dengan sebab itu mestilah Tun Zaki TUN Azmi mengambil berat di atas kenyataan seperti ini yang boleh menyebabkan reputasi profesionalnya diperlekehkan,hanya oleh seorang bolger yang mempunyai niat sesuatu yng tidak di ketahui oleh umum. Selaku bekas Peguam kepada UMNO dan selaku bekas ketua Hakim ke 6 di negara ini, kenyataan tersebut tidak    boleh di pandang ringan olehTun Zaki TUN Azmi, beliau mesti meminta pertanggungjawaban dari RPK di atas kenyataan itu, lebih lebih lagi, orang awam akan mengaitkan persoalan yang di kemukakan oleh RPK itu dengan projek 2.2. Billion konsesi lebuh raya yang di katakan sebagai hadiah persaraan untuk membantu UMNO di dalam mendapatkan semula perak. Persoalannya dengan soalan tanda tanya itu bersifat pertanyaan kepada pembaca, seolah olah ada unsur rasuah oleh bekas Ketua Hakim negara yang ke 6 ini, kepada pembaca dan rakyat hal ini bukan soal dan soalan kecil yang di angkat oleh RPK, malah harus di jelaskan oleh bekas ketua hakim itu, supaya namanya tidak dicemarkan, malah jauh dari itu ia sangat melibatkan kewibawaan sistem kehakiman yang akan turut sama dirasakan sebagai sesuatu yang diringankan kepentingan rakyat dan negara ini. Saya membuat kenyataan ini, untuk menyatakan rasa kekhwatiran saya terhadap rasa wibawa bekas ketua hakim ini akan tercemar dan sekaligus kekokohan perjawatan kehakiman hendaklah di pertahankan kewibaaannya, sebab itulah , parti KITA negeri Johor mohon jawapan dari Tun, untuk memberikan respon kepada kenyataan RPK tersebut samada meragukan atau wujudnya kebenaran tersaebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan