Isnin, 27 Februari 2012

ZAID IBRAHIM MASIH KETUA PARTI KITA YANG SAH.

Siapa yang tidak puas hati terhadap sesuatu di dalam pengurusan organisasi, tentu ada cara penyelesiannya, bukan sekadar itu, malah di cari apa punca punca yang menyebabkan terjadi sesuatu sehingga sesuatu keputusan itu di buat secara rasmi. Dalam Kes yang merujuk kepada polimik Parti KITA adalah disebabkan kepada punca penyebab, maka punca itu harus di susur dan digalur barulah mendapat intisari yang sebenarnya mengapa hal itu terjadi. Berindaklah secara bijak di dalam menangani apa yang sedang berlaku dan tindakan yang perlu dilakukan. Saya berharap parti kita tidak diceroboh dengan cara yang tidak betul, maka itu saya merujuk kepada seluruh kenyataan Zamil Ibrahim yang berhasrat untuk menukar kempimpinan parti bukanlah langkah bijak, malah menyimpang dari tata cara perlembagaan parti. Zamil mestilah pro di dalam mengemukakkan sesuatu yang bersifat subjektif, malah jika beliau merasakan parti ini tidak boleh membawa asprasinya, beliau boleh menubuhkan parti baru, atau saya katakan di dalam parti kita di tuntut bermusyuarat dan perlaksanaan di dalam mesyuarat itu di penuhi dengan hujjah yang tepat dan betul, tidak boleh mengambil tindakan secara melulu, kerana banyak syak wasangka yang akan terjadi dari tindakan yang melulu itu, maka dengan sebab ketelanjuran telah berlaku saya telah meminta kepada pengurusan parti sedia ada untuk menangani hal ini secara tepat dan bijaksana, dan saya telah menerima jawapan terbuka dari setiausaha parti pada kenyatannya di media yang mengatakan zamil tidak ada hak untuk berbuat sesuatu terhadap parti KITA kerana dia bukan lagi ahli, secara panjang lebar di dalam perbualan di telephone antara saya dan setiausaha parti sdr masrum, telah mengatakan bahawa suatu tindakan akan di ambil berasakan kepada kehendak dari Jawatankuasa Eksekutif parti dan ketua negeri, di atas tindakan dan salah laku yang telah dibuat oleh zamil, maka kepada saya selagi ada usaha untuk memperbaiki kedudukan parti KITA, bermakna ahli ,pegawai, pemimpin, dan penyokong parti akan berasa lega di atas sikap tanggungjawab mencintai parti dan membela masa depan parti dari tindakan segelintir dari pihak tertentu yang boleh menceroboh dan merosakkan kewibawaan parti, tentunya tidak pelik kepada kita jika di dalam isu yangf terjadi kini menuntut kepada seluruh ahli parti untuk lebih prihatin kepada parti dan berusaha sepenuh tenaga menjayakan hasrat parti berasaskan kepada perlembagaan yang tertuang di dalamnya, maka dengan ini kepada saya dan seluruh jawatankuasa saya di pringkat parti KITA Negeri Johor jelas Dato Zaid Ibrahim masih lagi berkuasa sebagai Ketua Parti KITA, dan beliau adalah Ketua Parti yang Sah.

1 ulasan:

  1. Zamil pula mengatakan akan berundur setelah membersihkan parti aka membuang pemimpin pro-Datuk Zaid. sELEPAS TU SERAHKAN PARTI PADA ORANG YANG MNANGGUNG DANA POLITIKNYA. Siapa orang itu??

    BalasPadam