Khamis, 23 Februari 2012

MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI MEWAKIL PAKATAN RAKYAT SUDAH TIDAK DIIKTIRAF KERAJAAN PUSAT: TIDAK DI PANGGIL MESYUARAT ?

Adalah sesuatu yang sangat tidak masuk akal, apabila mesyuarat menteri besar dan ketua Menteri telah mengenepikan untuk memanggil sama Menteri besar dan ketua menteri yang kawasannya di sandang oleh Pakatan rakyat.Apa yang berlaku menunjukkan negara sedang diurustadbir dalam bentuk yang menyongsangkan, dan sudah tidak dapat membezakan di atas kepentingan rakyat atau kepentingan parti.Perdana Menteri yang memanggail hanya ketua menteri dan menteri besar yang berpaksikan BN sahaja untuk hadir di dalam mesyuarat tersebut,membuktikan ada yang sangat ganjil sedang belaku di negara ini, dan ini merupakan suatu petanda besar sesungguhnya kerajaan Barisan Nasional akan ditumbangkan oleh rakyat, dan mau tidak mahu rakyat wajib berbuat demikian di sebabkan nilai memerintah negara secara tataurus yang adil di ketepikan, malah jika ini sanggup dilakukan,bermakna apa saja yang akan memberi keuntungan kepada parti akan mereka dahulukan, daripada mendahulukan amanah dan kepentingan rakyat, dan ini sangat merbahaya, soalnya isu yang terjadi ini sudah menunjukkan tidak adanya pengiktirifan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri yang di perintah oleh pakatan rakyat, apa akan jadi kepada negara ini, jika tindakan yang sama di buat oleh kerajaan negeri dengan weawanang mereka untuk turut tidak mengiktiraf kerajaan pusat, hal ini sangat bahaya dan sensetif kepada rakyat di negara ini, apakah mungkin beberapa tindakan dan kejadian luar biasa yang lain akan berlaku di negara ini, jika ketua negara yang di kendalikan amanahnya kepada Perdana Menteri sudah hilang imbangan. Dalam banyak hal rakyat akan melihatnya sebagai sesuatu yang boleh menyebabkan negara ini terdedah kepada masallah besar nantinya, mungkin saja pilihanraya ke 13 ini akan menjadi suatu kancah yang semakin membingungkan rakyat samada sebelum atau selepas itu, kerana banyak kemungkinan lain yang aneh dan pelik akan terjadi, tidak kah ini suatu hal yang mengancam keselamatan Negara.?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------



SHAH ALAM – Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak  tidak memanggil Menteri Besar dan Ketua Menteri dari negeri Pakatan Rakyat (PR) menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 adalah tidak profesional.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sikap beliau bukan sahaja membuktikan konsep 1Malaysia yang dipromosikan hanya sekadar gimik politik tetapi juga memberi kesan buruk kepada proses transformasi yang ingin dilakukan beliau.

Menurutnya, Najib tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana rakyat Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menyumbang lebih dari setengah hasil ekonomi Malaysia.

“Kerajaan Negeri Selangor menyeru Perdana Menteri untuk membuat satu penjelasan kepada media bahawa mesyuarat tersebut adalah sebenarnya Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Barisan Nasional.

“Adalah amat tidak profesional untuk Perdana Menteri mengetepikan peranan Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat yang membincangkan kebajikan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Selasa lalu, Mohd Najib mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang diadakan di Putrajaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan