Rabu, 22 Februari 2012

Baiah juga Hak, adakah mereka menolak hak dan menerima hukum.

BAI`AH.

Maksud Bai`ah.
Janji sumpah setia, pengakuan, ikrar yang diberikan oleh seseorang kepada pihak lain untuk mengikat dirinya dengan sesuatu peraturan, pekerjaan, amalan atau lainnya.

Nas Syarak.
Quran:
- الذين يبايعونك إنما يبايعون الله يد الله فوق أيديهم ( الفتح 10 )
- ومن أوفى بعهده من الله فاستبشروا ببيعكم الذى بايعتم به ( توبة 111 )
Hadis:
- من بايع إماما فأعطاه صفقة يده وثمرة قلبه فليطعه إن استطاع
- من مات وليس فى عنقه بيعة مات ميتة جاهلية
- Rasulullah ambil berbagai bai`ah daripada para sahabatnya.

Hukum Bai`ah.
Bai`ah boleh mengambil dua bentuk hukum:
- Sumpah, boleh tarik balik dengan bayar kifarat sumpah:
- merdekakan seorang hamba atau jika tidak mampu
- beri makan 60 miskin atau kalau tidak mampu
- berpuasa sebulan.
- Nazar, tidak boleh tarik balik, dibawa sampai mati.
- Kita memilih bai`ah mengambil hukum nazar.

Huraian.
Rasulullah s.a.w. mengambil berbagai bentuk baiah daripada sahabatnya:
- Bai`ah kerana masuk Islam
- Bai`ah diambil daripada sesetengah sahabat, tidak semua mereka
- Bai`ah al-Aqabah untuk mempertahankan baginda seperti mereka mempertahankan kaum wanita dan anak-anak.
- Bai`ah al-Ridwan untuk tidak lari dari medan perang.
- Bai`ah al-Nisa’ untuk tidak melakukan syirik, mencuri, zina, membunuh anak, tidak mereka-reka pembohongan, tidak melanggar perentah makruf.
Selepas Rasulullah s.a.w. wafat masih terdapat berbagai bentuk bai`ah:
- Bai`ah kepada amir al-mukminin sebagai ketua negara untuk taat dan patuh dalam mentaati al-Quran dan Sunnah.
- Bai`ah khusus tertentu kepada seseorang di samping bai`ah kepada ketua negara, seperti bai`ah tentera kepada ketua tentera.
- Bai`ah kepada sultan dan pemerintah untuk taat dan patuh.
- Bai`ah kepada syeikh tarekat untuk melakukan amal takwa.
Kesimpulannya dalam masyarakat Islam terdapat dua bentuk bai`ah:
- Bai`ah kepada seseorang sebagai amir al-mukminin atau ketua negara yang berdaulat melaksanakan hukum Allah. Ada hukum tertentu.
- Bai`ah untuk melakukan amal tertentu, biasanya diberikan kepada syeikh tarekat sufiyah dan pemimpin gerakan Islam.
Bai`ah yang diberikan kepada amir al-mukminin atau ketua negara diberikan kepada seorang sahaja. Di kenali sebagai bai`ah al-`ammah. Sabda Rasulullah s.a.w.: إ1ا بويع لخليفتين فاقتلوا الآخر منهما
Bai`ah amal boleh diberikan kepada sesiapa sahaja, pemberi bai`ah terikat dengan perkara dibai`ahkan sahaja. Dikenali sebagai bai`ah al-khassah. Bai`ah al-khassah tidak boleh menghalang bai`ah al-`ammah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan