Parti KITA Diberi Surat Tunjuk Sebab Oleh Pendaftar Pertubuhan
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air
(KITA), yang ditubuhkan lebih setahun lalu, kini menghadapi risiko
kemungkinan pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).Setiausaha parti KITA Masrum Dayat berkata ini kerana parti itu telah menerima surat tunjuk sebab bertarikh 9 Feb daripada ROS yang meminta mereka menjelaskan mengapa pendaftaran parti tidak patut dibatalkan.
"Surat ditandatangani Timbalan Pendaftar meminta kita menjawab beberapa perkara berkaitan dengan pentadbiran parti...tak silap, lima perkara semuanya, sebelum 9 Mac ini. KITA sedang dalam proses menyediakan jawapan terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau tidak menjelaskan aspek pentadbiran itu tetapi sumber parti memberitahu antara perkara yang dibangkitkan ROS adalah pelanggaran perlembagaan parti dalam urusan pelantikan beberapa ahli ke jawatan tertentu yang dikatakan tidak dibuat melalui Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JEP).
Selain itu, parti itu diminta membuat penjelasan mengenai pelanggaran perkara 12.3.4 Undang-undang Berdaftar Persatuan kerana minit mesyuarat JEP bertarikh 29 Jun lalu dikatakan tidak disediakan oleh setiausaha parti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan