Isnin, 20 Februari 2012

MENGAPA ANDA TIDAK MENGIKTIRAF PEMIMPIN ANDA HEBAT BERDEBAT:

DAYA FIKIR KOLOT DAN KONTOT.
Mereka yang menasehatkan Dato Najib tidak perlu berdebat dengan anwar adalah salah. Mereka tidak iktraf najib sebagai seorang yang mempunyai kebolehan, mereka membantutkan semangat Najib, malangnnya mereka itu dari UMNO juga, inilah piciknya pemikiran segolongan dari ahli UMNO dan pemimpinnya yang takut di dalam gelanggang berbicara. Jika kita bersedia dan cekap, debat itu bukan mencari kemenangan tetapi debat itu adalah mercu untuk membangkitkan fakta dan ilmu bagi tujuan di semak oleh rakyat, yang menjadi hakim kepada memilih pemimpin mereka, janganlah sesekali mengatakan debat antara najib dan Anwar itu tidak membawa menafaat, ini hanya suara dari pemimpin yang tidak berjiwa perjuangan, fikirkanlah.

Debat Najib dan Anwar tak beri faedah: UMNO Cheras


2012/02/20

KUALA LUMPUR: Debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dicadangkan pembangkang tidak memberi sebarang makna dan faedah kepada kepentingan rakyat, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.

Beliau berkata, gesaan pembangkang supaya Najib berdebat dengan Anwar mengenai ekonomi negara hanya helah politik semata-mata.
Syed Ali mendakwa, Anwar yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh itu bukannya pakar ekonomi untuk berdebat soal ekonomi dan beliau patut terlebih dahulu membersihkan dirinya berhubung sokongan beliau kepada rejim Zionis.
"Anwar (melalui cadangan debat itu) sengaja nak alihkan perhatian umum apabila dirinya dikecam hebat oleh rakyat termasuk daripada kalangan pemimpin PAS kerana menyokong rejim Yahudi," kata Syed Ali dalam blog UMNO Cheras hari ini. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan