Selasa, 7 Februari 2012

MAKA DI TANGAN KITALAH.

Ramai yang menyangka di dalam berjuang itu adalah biasa saja, asal ada modal, asal ada penyokong, tetapi mereka lupa bahawa berjuang itu adalah suatu kesepakatan yang tertung pada asas dan tujuan bersama itu. Kritik pula bukan bermakna benci, tidak juga berkamsud sayang, tetapi ia adalah suatu pengharapan untuk memperoleh hasil yang lebih baik dari apa yang di harapkan menerusi tujuan bersama. Banyak lontaran telah di buat ekoran dari ketua Parti Kita mengumumkan cadangannya untuk membubarkan parti kita. Baik pemimpin dan ahli parti telah bersuara memberi reaksi terhadap cadangan itu, tidak ketinggalan tokoh politik parti parti lain, termasuklah ketua Kerajaan, perdana menteri, timbalan perdana menteri, ketua pembangkang, dari golongan besar kepada golongan kecil bersuara.
Suara mereka itu menyokong atau tidak menyokongnya, ada pula yang memuji dan ada pula yang menghinanya,inilah risikonya,walauapa pun cadangan ini menunjukkan kuatnya maksud di belakang dari kenyataan itu yang perlu ditafsirkan kepada keupayaan parti ini di tengah rakyat Malaysia, ia adalah suatu kejayaan merangsang dan mencungkil makna politik, makana sejarah, makana sikap dan makana harapan dan masa depan, maka di tangan kita lah yang mencorak apa yang kita lakukan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan