Suatu
Permufakatan yang sangat murni, sangat telus dan bertanggugnjawab hasil
daripada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Parti KITA pada 17hb Feb 2012, di
Kota Baru Kelantan. Mesyuarat Tertinggi parti KITA telah di hadiri oleh
Presiden parti, dan seluruh Ahli Mesyurat Jawatankuasa Eksekutif (JEP) parti
Kita, dan saya salah seorang dari JEP yang hadir dan merupakan pengerusi Parti
KITA Negeri Johor. Isu yang hangat di bicarakan adalah cadangan Presiden parti
untuk membubarkan Parti KITA ini. Saya telah menaggapi cadangan presiden
tersebut dengan mengemukakan beberapa pandangan Negeri Johor secara external
dan Internal. Berkat Pandangan dari seluruh JEP telah di pertimbangkan oleh
Presiden Parti Dato Zaid Ibrahim, yang secara jujur memberikan reaksi nya yang logic
dan prihatin. Persamaan pandangan telah dihasilkan dan ternyata ianya
memberikan natijah yang baik dan berkesan dan dengan memenuhi beberapa aspek
asprasi perjuangan Parti sebagaimana yang dikendaki oleh presiden telah
melahirkan hasrat beliau menerima pandangan dari Jep untuk menolak pembubaran
tersebut.Ini adalah suatu permulaan yang membuktikan Parti Kita belum sampai
ajalnya sebagaimana yang di dakwa oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Mahyuddin Yassin, bahawa parti ini menemui ajalnya, keceluparan Mahyuddin ini
menunjukkan Parti seusia ini dapat mengjengkal pemikiran cetik Timbalan Perdana
menteri itu, yang seolahnya sangat menghukum dan sangat sempit menagggapi
bahawa keberadaan satu satu parti politik di tanah air adalah menyuburkan
demokrasi, bukan menghukum dan menfitnah ketua parti Kita yang mengamalkan
pendekatan dan pandangan yang demokratik, liberal dan moderat. Mahyuddin harus
belajar dari kelakuannya yang sangat tidak bermoral didalam perhubungan parti
politik yang menjunjung kehormatan berterasakan semangat rukunnegara dan
perlembagaan Malaysia, peristiwa ini membuat saya kecewa dengan pendapat
negetif TPM itu, dan ternyata belaiau bukanlah seorang TPM yang baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan