Rabu, 22 Februari 2012

Dan Semoga.

Saya melihat Pak Lah selepas bersara kurang bercakap, bukan bermakna beliau tidak mahu memberikan pandangannya,berbanding dengan apa yang telah terjadi pada Dr mahathir beliau lebih banyak bercakap,memberi pandangan, malah mencampuri urusan politik secara langsong dan tidak langsong di negara ini. Kepada saya semua yang di ungkapkan oleh Dr mahathir ini sudah cukup,dan lebih baik jika beliau bertenang dan tidak payah mencampuri urusan politik negara, kerana ia sudah capai pada mercunya sebelum ini, dan jika ia berterusan mencampuri urusan politik negara,saya berpendapat ada sesuatu yang tak kena pada tempatnya, adakah mungkin dr mahathir ingin menebus kesilapannya di dalam mengurus negara ? adakah kerana ada sesuatu yang mengancam dirinya dalam politik negara jika anwar berkuasa ? adakah dia sudah terbiasa dan candu dengan politik negara hingga tak boleh melepaskan kecanduan itu ? adakah dia masih kasih dan sayang kepada rakyat ?.........tetapi apakah daya semuannya sudah terjadi, keboborokan politik negara sudah keterlaluan, politik Melayu telah dilumatkan, politik kaum sudah dibingkiskan,ekonomi negara semakin semaraut, kebolosan rasuah semakin melebar...maka apa ada lagi kepada apa yang diharapkan, apakah ini yang dikatakan sebagai bayang bayang mengejar diri ketika kepekatan malam menjelas, dan saya fikir subuh nanti Dr mahatir akan mendapat jawapannya,dan bertanggungjawab kepada seluruh rakyat malaysia,dan semoga...?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan