SPR perlu melaksanakan penyiasatan terperinci terhadap sejumlah
42,000 senarai nama yang meragukan di dalam senarai daftar pemilih yang
tidak mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Sehingga
Oktober 2011, sejumlah 42,000 senarai nama meragukan terdapat dalam
senarai daftar pemilih dan kebanyakan mereka ini berumur antara 90
hingga seratus tahun dan tidak berdaftar dengan JPN.
"Sekiranya
perkara itu tidak di atasi segera, pilihanraya perlu ditundakan sehingga selesai" adalah penting kita mendesak SPR menubuhkan Suruhanjaya
Diraja bagi menyiasat warga asing yang diberi kerakyatan.
"Perkara
itu bukan hanya isu di Sabah, bahkan masalah peringkat nasional.
Sehubungan itu, kita mestilh mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewujudkan
suruhanjaya dan sahkan status mereka yang layak sebagai warganegara dan
pengundi sebelum pilihan raya akan datang,dan soal warganegar ini adalah hak,kewajiban dan keselamatan untuk negara, bukan mempertaruhkan pengundian semata mata.
Kita merasakan keganjilan isu ini, adalah menujukkan Pilihanraya di negara iini, akan menjadi semakin kotor jika tidak dibersihkan dengan sejujur jujurnya. Negara kita bukan milik orang asing yang boleh menentukan kepimpinan di negara ini, maka itu siasatan segera perlu wujud jika ada keraguan di dalam hal ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan