Rabu, 1 Februari 2012

JANGAN MAIN API :JAGA KESELAMATAN NEGARA.

 
Saya Khwatir, jika pihak yang tertentu masih melakukan perbuatan sumbang ini, berterusan, mereka menyangka dengan melakukan perbuatan ini boleh mencetus hubungan kaum, tetapi bukan sekedar itu yang akan terjadi jika ia berulang kali insiden ini terjadi, malah perbuatan tersebut di laknat, dan pada suatu tahaf jika mereka tidak sadar, maka Allah pasti menurunkan bencana kepada mereka yang berniat jahat itu, dan hentikanlah perbuatan yang mengikut akal mereka dengan tujuan yang jahat itu, jika keganasan akhirnya terjadi sudah pasti banyak pihak akan merasakan kerungian yang terpaksa di tanggung, awas dan ingatlah, hal ini bukan boleh di persendakan dan Jangan main api !
Oleh Drs: Mohd Zaid Mohd Yusof.

Kepala babi ditemui di masjid di Rawang
Satu kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, awal pagi ini.

NONEMenurut ADUN Rawang Gan Pei Nei (dua dari kiri) kepala kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama.

Pihak polis kemudiannya dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi. Setelah mengambil bahan bukti dan menyiasat di kawasan sekitar kira-kira dua jam, mereka kemudiannya meninggalkan masjid itu.

Gan berkata anggota polis berkenaan adalah dari balai polis Rawang dan kes itu akan disiasat oleh jabatan siasatan jenayah.

NONEBeliau mengutuk tindakan itu sebagai perbuatan provokatif yang cuba menyinggung sensitiviti agama, sambil menambah bahawa ia mungkin bermotifkan politik memandangkan pilihan raya umum  semakin hampir.

Menurut Gan lagi, kejadian seumpama itu bukannya berlaku secara spontan kerana Masjid Nurul Iman telah bertapak di situ selama 48 tahun.

"Pilihan raya umum semakin hampir dan ada orang cuba untuk timbulkan masalah," katanya.

Gan menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.
Tindakan provokatif

Ketua Polis Daerah Gombak Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan kejadian itu dan berkata ia disiasat bawah Seksyen 285 Kanun Keseksaan.

"Kami belum buat tangkapan dan tak ada suspek lagi," katanya.

Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu yang juga meninjau masjid berkenaan berkata bahawa Gan akan mewakili kerajaan negeri pada mesyuarat jawatankuasa masjid malam ini dan melaporkan kepada Menteri Besar untuk tindakan susulan.

NONELiu juga mengecam tindakan itu yang dianggap sebagai provokatif tetapi bersyukur kerana semua pihak, khususnya jawatankuasa masjid berkenaan tidak bertindak sebarangan tetapi kekal tenang.

Beliau juga enggan membuat sebarang spekulasi dan berkata adalah lebih baik bagi membiarkan pihak polis melakukan siasatan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan