Jumaat, 3 Februari 2012

BANTAH CANDANGAN ZAID IBRAHIM:BUBAR PARTI KITA.

Pengerusi KITA Negeri Bantah Keputusan Zaid Ibrahim.



 
PUTRAJAYA, 3 Feb. – Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) di beberapa negeri hari ini membantah sekeras-kerasnya pengumuman ketua parti, Datuk Zaid Ibrahim yang ingin membubarkan parti.

Mereka terdiri daripada Pengerusi KITA negeri Kedah, Zamil Ibrahim, Selangor, Azmi Othman, Johor, Dr Zahid Yusof, Pulau Pinang, Tan Tee Beng dan Sabah, Datuk Pangeran Othman Rauf.

 Zamil di dalam satu sidang media hari ini memberitahu wartawan kenyataan yang dibuat Zaid semalam tidak mencerminkan pendirian negeri yang diketuainya.

Katanya, beliau terkilan dengan tindakan Zaid yang membelakangkan pimpinan di peringkat negeri dan menggesa bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu supaya meletak jawatan dan meninggalkan parti.
 
alt
 
“Parti ini bukan seperti syarikat guaman yang boleh dibuka dan ditutup sesuka hati. Jika dia (Zaid) merasakan yang dia telah gagal memimpin parti, lebih baik beliau letak jawatan dan keluar dari parti,” kata Zamil.

“Ada lebih ramai lagi pemimpin yang berkaliber di dalam KITA yang boleh menggantikan beliau. Parti ini bukan untuk kepentingan peribadi. Saya ralat mempunyai ketua seperti beliau,” tambah Zamil.

Menurutnya, tidak perlu untuk diusulkan undi tidak percaya percaya ke atas Zaid sebaliknya Zaid perlu mengakui yang beliau tidak mampu untuk menerajui KITA.

"Jangan rosakkan parti. Bila dia cuba rosakkan parti, lebih baik dia letak jawatan dan keluar,” kata Zamil.

Katanya, sepanjang mengetuai KITA Zaid telah gagal memainkan peranannya selaku ketua.

Tambah Zamil, pimpinan peringkat negeri sudah hampir setahun tidak menerima apa-apa bantuan dari peringkat pusat.

“Apa yang dapat saya lihat, agenda Zaid adalah beliau cuba menjadikan pemimpin-pemimpin negeri sebagai kambing hitam,” katanya.

Turut sama ketika sidang media adalah Pengerusi KITA negeri Selangor dan Johor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan