KITA akan dibubarkan ?
Sebuah Mesyuarat Agung Luar Biasa akan
diadakan tidak lama lagi untuk membubarkan KITA. Keputusan ini perlu
dibuat untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa kami
tidak memihak kepada pembangkang, terutama dengan beberapa
anggota-anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka yang
mengkritik Pakatan Rakyat. Mereka telah melakukan perbuatan ini secara
berterusan.
Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak berminat
dalam isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan semata-mata
mahu memalukan dan mencemuh pihak pembangkang.
Idea saya untuk
menubuhkan sebuah parti politik yang menyokong idea-idea yang sederhana
dan progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban kepada wacana
politik telah gagal. Saya tidak berjaya membawa masuk anggota-anggota
yang cukup berminat dalam cita-cita bagi mencapai demokrasi, tadbir urus
yang baik dan akauntabiliti di kalangan pegawai-pegawai awam. Saya juga
tidak dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk menguruskan
aktiviti-aktiviti parti, dan teman-teman yang telah berjanji untuk
membantu telah akhirnya memutuskan untuk menarik balik.
Kecenderungan media yang mendalam dalam melaporkan isu-isu remeh yang
memberi kesan kepada parti akan terus memberi kesukaran kepada kami.
Cukup ramai orang di luar sana yang hanya berminat dalam mengkritik
kepimpinan saya di dalam KITA, dan yang menggemburkan cerita-cerita
dengan tujuan untuk mencemuh saya.
Peribahasa Melayu ada
menyebut, "jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ka pangkal jalan".
Saya sedar sekarang bahawa penubuhan KITA adalah satu kesilapan. Saya
berhasrat untuk memberi idea-idea alternatif dalam politik dan membawa
kepelbagaian bakat yang lebih luas kepada kepimpinan pembangkang.
Ini
belum pernah berlaku sebelum ini. Saya telah membuat banyak kesilapan
dalam hidup saya tetapi saya tidak tawar hati. Saya tetap yakin bahawa
perubahan akan datang untuk kebaikan negara ini dan saya akan terus
menjalankan tanggungjawab saya di dalam mencapai tujuan itu. Saya tidak
akan menarik balik kenyataan saya sebelum ini yang mempercayai bahawa
kenikmatan dalam memberi perkhidmatan kepada awam, dan kita boleh
menjalankan perkhidmatan ini dengan kehormatan dan maruah.
Kepada
anggota-anggota parti yang setia yang tidak berpuas hati dengan
keputusan ini, saya memohon ampun. Saya menghargai sokongan mereka dan
saya berharap mereka akan menerima keputusan ini, kerana ia adalah untuk
kebaikan yang lebih besar kepada pihak pembangkang.
Kemandirian demokrasi bergantung kepada daya maju pembangkang itu sendiri.
Sekiranya
ia dimusnahkan, seperti yang ingin diperlakukan oleh Barisan Nasional —
maka tidak akan ada demokrasi, tiada kebebasan dan tiada dasar-dasar
yang bersifat sederhana lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan