Parti KITA Sedang Bergolak, Zaid Tidak Akan Letak Jawatan
PETALING JAYA: Presiden Kita, Datuk Mohd Zaid Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan sama sekali meletakkan jawatannya hanya kerana ada segelintir ahli parti dan orang luar mahu beliau berbuat demikian.
Sebaliknya beliau
mengingatkan semua ahli parti bahawa Kita kini sedang ‘diserang’ dari
dalam dan luar dengan cara menggulingkan pucuk pimpinan dan
menjahamankan parti.
Beliau mendakwa, terdapat kuasa-kuasa dari luar terlibat dalam usaha untuk menjatuhkannya menerusi tindak-tanduk orang dalam.
“Mungkin terdapat
pihak-pihak yang merasa terancam kerana Kita telah meninggalkan impak
yang besar dalam arena politik tanah air walaupun ia adalah sebuah parti
baru,” tegas beliau dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan
mesyuarat jawatankuasa pusat eksekutif parti itu yang keempat di sini
Selasa.
Zaid kemudian menegaskan bahawa beliau hanya akan meletakkan jawatan sekiranya majoriti ahli parti memintanya berbuat demikian.
Sebaliknya Zaid meminta
segelintir ahli parti yang tidak berpuas hati supaya segera memanggil
mesyuarat agung luar biasa jika mereka benar-benar mahu menjatuhkannya.
Beliau juga menolak
dakwaan yang dirinya adalah “gila kuasa” dengan berkata, jika itulah
tujuannya, beliau sudah pasti akan merangka perlembagaan parti yang
menyusahkan sebarang usaha untuk menukar pucuk pimpinan.
“Parti-parti lain mungkin
meletakkan syarat sehingga 75% sokongan sekiranya mahu menukar pemimpin
tetapi Kita hanya meletakkan syarat 51%,” ujarnya.
Bekas Setiausaha Pusat
Kita, Abdul Latif Tambi mendakwa parti itu hanya mempunyai 458 ahli yang
berdaftar sehingga 19 April lalu tetapi Setiausaha yang baru dilantik,
Masrum Dayat berkata, Kita mempunyai 3,000 ahli berdaftar.
Isu
mengenai cara kepimpinan Zaid dalam Kita timbul selepas beliau
dikatakan memecat Latif dan ahli-ahli jawatankuasa eksekutif pusat iaitu
Muhammad Firdaus Christopher, Zahrein Zakariah dan Dr G. Rajaratnam
dengan cara yang tidak betul iaitu dengan menghantar sms sahaja dan
tanpa sebab.
Zaid berkata, Kita adalah
sebuah parti yang telus dan terbuka dan akan menjawab segala tuduhan dan
dakwaan sekiranya Pendaftar Pertubuhan menulis secara rasmi meminta
beliau berbuat demikian.
Zaid
juga berkata, beliau mengesyaki ‘pemberontakan dalam’ ini tercetus
apabila terdapat pihak-pihak yang merasakan bahawa beliau sedang membawa
Kita ke arah Barisan Nasional ekoran sokongannya ke atas tindakan
Perdana Menteri mengisytiharkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri
baru-baru ini.
“Kita akan terus berdiri
di atas prinsip-prinsip yang betul iaitu kita akan menyokong sesuatu
yang baik dan menentang sesuatu yang salah dan tidak benar,” tegasnya.
Read more: http://celahgelegar.blogspot.com/2011/09/parti-kita-sedang-bergolak-zaid-tidak.html#ixzz1lNvdNRfJ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan